Ahad, 1 Disember 2013

Nur Zara Aisyah

Hari ke 4 berpantang,bangun pagi siapkan diri,nasib ibu2 yg berpantang tiada anak,terpaksa memerah susu 3 jam sekali..suamiku tengah sibuk memberitahu kk yg aku sudah bersalin,pergi mendaftar nama anakku di jpn.. Mula tu aku nak xnak sj nak daftar kan nama di jpn,aku takut bila melihat bayiku,dgn keadaan mcm tu,entah hidup entah ...... ,tp xpe la,aku serahkan semuanya kpd takdir.. Nur Zara Aisyah nama yg diberi..
Selesai makan tengahari,aku pun pergi ke hosp ampang utk melawat bayi ku.. "Assalammualaikum sayang,mommy dgn daddy dtg"mata zara terbuka sikit..kami tersenyum.. "Sayang rehat yer,cepat besar,cepat sihat,cepat balik rumah,semua nak jumpa zara, .. " itulah kata2 kami bila nak tinggalkan dia,hati sebak saja..alhamdullillah hari tu juga zara dah boleh diberikan susu selepas 3 ari berpuasa..
Esok nya kami pergi lg,suami ku masih bercuti,jadi sehari 2 kali kami dtg jenguk.. Masa kami dtg,zara seperti xduduk diam,lain mcm,.. Aku tanya nurse,kenapa zara mcm lain jer.. Lepastu dia suruh kami keluar dulu.. Lepastu dia panggil balik,zara dah diam.. Suami tanya nurse tu "kenapa anak saya" nurse pun jawab " kahak dia banyak tadi,jadi dia mcm xbleh bernafas,dah nampak tadi,tp nak buat yg baby lain dulu" ya Allah kesiannya zara,kenapa la sampai mcm ni,sepatutnya nurse kena la ramai ada di dalam ni,sbb zara dlm perhatian lg..mlm tu di rumah,aku xsedap hati,mlm tu aku xdpt nak pergi jenguk zara,jadi aku suruh suami ku pergi jenguk..aku risau kalu zara jadi mcm siang tadi..
Hari berlalu pergi,dah sebulan zara di Nicu,berat pun x sampai 1 kg lg..nampaknya lambat lg la nak bawa balik,zara drpd kecil,dah nampak isi,kami pun dah boleh belai dia hanya melalui tingkap incubator,tukar pampers dia. Itulah rutin hari2,bercakap dgn dia melalui tingkap,belai,tukar pampers..
Wayar dah tiada,cuma zara perlukan bantuan oksigen lagi,kadang2 zara kena dikejutkan bila tngk pernafasan dia menurun.takutnya,jadi kami pun kena tngk skrin,pantau pernafasan dia juga.baby lain pun sama,kdang2 kelam kabut nurse kejutkan mereka.. Nurse bg tau zara sgt aktif,wayar minum pun kdang2 tercabut..
Hari ni dtg lg mcm biasa, "eh,mana anak aku,""nurse mana baby of nor azura?"nurse tunjuk di sana,"eh dah masuk sana,?" Nurse senyum.. Aku pun pergi,lihat zara dah xperlu oksigen yg tutup hidung tu,hanya pakai wayar oksigen kecil masuk ke dalam hidung..alhamdullillah.
Hari berlalu lg,zara dah semakin bulat,tp xcukup lg berat,berapa lama lg nak tggu nie,xsabarnya nak bawa zara balik rumah,duduk di NICU mcm2 kes dpt tngk,ada yg baby meninggal selepas beberapa jam,sbb dah termakan najis,kesiannya ibunya berpantang lg la tiada anak,syukur aku masih ada lg w/pun kena berjauhan..
Hari ni dtg mcm biasa,aik nape zara duk hujung ni,aku pun angkat letak balik dlm incubator mcm biasa,pastu nurse dtg "mak alihkan dia ke?sy nak tukarkan cadar dia,kena kencing" "oo,ye ke ke,ingat dia yg pergi sana" nurse "mak boleh tolong pegang dia x,aku"pegang,boleh" ya Allah ini lah 1st time aku mengangkat,lantas cepat2 aku mencium zara,sayu rasa"xsampai 5 minit zara diletak kembali di dlm incubator..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan