Sabtu, 28 Jun 2014

Keletah zara

Malam pertama ramadhan.
Zara baru saja tidur,itupun atuk nya yg tepuk bg tido.Bila dah makin besar..mcm2 pulak kerenahnya.sekarang dah pandai menangis.pantang tinggalkan zara sorang2.
Dulu masa kecik,nak dengar menangis pun susah,menangis masa dia lapar,masa kena cucuk ngan doktor,.jar.ang la menangis.
Tapi tengok zara nangis kt org family lak gelak kan dia..sbb lucu sgt...sekali ngan muncung2 dia nangis..comel jer..
Kalau makan pula,amat susah.dia akan buka mulut jika bubur nasi saja di suap,makanan lain spt kek,biskut,roti,buah dia tutup mulut kuat2.pandai sgt.sudu makan guna sudu kfc je.sebab kecik sesuai ngan size mulut zara.ada beli sudu makan.kenal dia,langsung xnak makan.pelik betul la anak umi ni.smalam  nak makan,sudu kfc tu boleh patah pulak,jenuh atuknya g kfc minta sudu.alahai anak umi..lawak betul la..
Sekarang duduk dalam walker pun dah boleh berdiri,berjalan ke depan.
Seronok sgt tengok perkembangan zara sekarang.
Itu saja yg umi nak kongsikan.
Selamat bersahur bg yg berpuasa.

#prayforzara

Selasa, 3 Jun 2014

Pengalaman penuh kesabaran

Assalammualaikum..

Kali ini sy ingin bercerita berdasarkan pengalaman berdepan dgn ibu2 anak2 istimewa.

Sy ingt lg..semasa zara berada dlm wad NICU.. Ada sorang ibu muda.. Melahirkan anak pertama.kesian anak dia ada syndrome down.sedih mak dia.xtau mcm mana nak berdepan dengan org luar.anak pertama pula tu.kawan2 call nk tngk pic anak.xsanggup nk bg.sy tngk sendiri baby itu.comel sgt.Masa tu sy xtau yg sy pun akan dpt anak istimewa juga.sbb syndrome zara belum detect lg.masa umur zara 1 tahun lebih baru dpt keputusan ginetik dia.

Ramai org luar xtau zara tu anak istimewa.ya.pegi je kemana saja.pasti ada yg bertegur "comelnya..berapa bulan" bkn bln kak,makcik dah 2 tahun lebih. "Haa..np kecik je" anak sy istimewa kak,acik.. "Comelye" sy senyum je..

Begitu perasaannya.. Masa dpt tau punca sakit zara. Dlm hati ni sedih.tp nak buat mcm mana,ini semua takdir Allah. Jika aku ssh hendak mendapatkan rezeki,Allah berikan aku pahala memelihara anak istimewa.Aku bersyukur.tak semua boleh merasa spt ku.

Terima kasih juga buat makcik pakcik zara,atuk nenek zara sbb menyayangi zara.kadang tu hati ku cemburu melihat anak anak lain sebaya zara sudah berlari2.

Dan aku menunggu saat2 zara mencium pipiku,memanggil aku mommy..xkisah dia nak panggil aku apa..umi,mama,ibu..

Dan ketika ini air mata ku mengalir.air mata seorg ibu.akan terus berusaha,tabah,sabar dlm membesarkan zara.aku berharap anakku terus ceria & sihat.

Doakan Nur Zara Aisyah.