Sabtu, 30 November 2013

Sedih

Selepas dari bilik ot,aku di tempatkan di dalam wad ibu & anak,aku mula terasa sakit yg amat,akibat ubat bius sudah mula habis,tak terkata sakitnya,aku minta ubat tahan sakit dr nurse..suami ku berjumpa ku,dia blom tahu lg keadaan anak ku mcm mana,sbb doc dan nurse tngah memeriksanya lg..sampai tngahari,mak atah aku dtg,family  mertya pun sampai.. Dalam bilik ku ada 6 katil,aku sorang saja yg tiada baby,sayu sgt,lepas tu suami bg tau dia dah jumpa anakku,kecil sgt anakku,ada wayar penuh kat badannya.. Family nak tngk,tp tak di benarkan,hanya aku & suami sj boleh masuk dlm wad NICU tu..haru pertama,aku blum boleh lg berjumpa anakku..pd malam tu tiba2 badan ku rasa seram sejuk,menggeletar aku..aku minta panadol dr nurse,. Aku melihat semua ibu2 tngah menyusukan anak mereka,sedihnya rasa,ingun sh aku bangun pergi ke nicu melihat anakku,tp suami aku dah balik,dan aku xmampu tuk bergerak sendiri..
Hari ke-2 di dlm wad,tiba2 aku x mampu bangun,belakangku sakit sgt2..aku terpaksa menunggu suamiku dtg utk aku bergerak ke tandas,suami xdpt meneman ku krn blum lg waktu melawat,tengahari waktu melawat suami aku dtg,aku x boleh nak bangun,tp aku gagahkan juga,sbb aku nak pergi tengok bayiku di NICU,perlahan2 suami memapahku,amat seksa sekali ku rasa hendak berjalan. Aku dpt melihat bayiku,aku sgt terkejut,bayiku cukup sifatnya,tetapi teramat kecil sekali,sedih aku tengok dia..aku x dpt nak pegang,belai dia..cermin memisahkan kami.. Sekejap sj akudpt lihat dia,sbb aku xmampu berdiri lama,aku balik semula ke wad,semasa waktu melawat habis,aku terbaribg,aku menangis sorang2,sbb aku nak bangun,tp xmampu..petang itu,aku xtau dr mana dtg nya kudrat itu,aku memaksa diriku bangun,alhamdullillah aku dah boleh bangun sendiri,berjalan sendiri.. Malam tu aku xdpt nak tidur,jadi aku pun keluar masuk pergi tengok bayiku di NICU,.
Pagi ni doc memeriksa ku,antibiotik selama 3 hari ku dah lengkap,aku sudah di benarkan pulang tengahari itu,tiba2 aku sedih,aku xnak tinggalkan anakku di sini.. Aku pergi jenguk dia..aku menangis lg,aku xnak berpisah dengannya.. Aku pun pulang ke rumah. Malam tu aku teringat anak aku,aku menangis,suami ku risau tngk aku,dia pun turut sedih juga,dia kuatkan semangatku...tq hubby..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan