Sabtu, 30 November 2013

Sedih

Selepas dari bilik ot,aku di tempatkan di dalam wad ibu & anak,aku mula terasa sakit yg amat,akibat ubat bius sudah mula habis,tak terkata sakitnya,aku minta ubat tahan sakit dr nurse..suami ku berjumpa ku,dia blom tahu lg keadaan anak ku mcm mana,sbb doc dan nurse tngah memeriksanya lg..sampai tngahari,mak atah aku dtg,family  mertya pun sampai.. Dalam bilik ku ada 6 katil,aku sorang saja yg tiada baby,sayu sgt,lepas tu suami bg tau dia dah jumpa anakku,kecil sgt anakku,ada wayar penuh kat badannya.. Family nak tngk,tp tak di benarkan,hanya aku & suami sj boleh masuk dlm wad NICU tu..haru pertama,aku blum boleh lg berjumpa anakku..pd malam tu tiba2 badan ku rasa seram sejuk,menggeletar aku..aku minta panadol dr nurse,. Aku melihat semua ibu2 tngah menyusukan anak mereka,sedihnya rasa,ingun sh aku bangun pergi ke nicu melihat anakku,tp suami aku dah balik,dan aku xmampu tuk bergerak sendiri..
Hari ke-2 di dlm wad,tiba2 aku x mampu bangun,belakangku sakit sgt2..aku terpaksa menunggu suamiku dtg utk aku bergerak ke tandas,suami xdpt meneman ku krn blum lg waktu melawat,tengahari waktu melawat suami aku dtg,aku x boleh nak bangun,tp aku gagahkan juga,sbb aku nak pergi tengok bayiku di NICU,perlahan2 suami memapahku,amat seksa sekali ku rasa hendak berjalan. Aku dpt melihat bayiku,aku sgt terkejut,bayiku cukup sifatnya,tetapi teramat kecil sekali,sedih aku tengok dia..aku x dpt nak pegang,belai dia..cermin memisahkan kami.. Sekejap sj akudpt lihat dia,sbb aku xmampu berdiri lama,aku balik semula ke wad,semasa waktu melawat habis,aku terbaribg,aku menangis sorang2,sbb aku nak bangun,tp xmampu..petang itu,aku xtau dr mana dtg nya kudrat itu,aku memaksa diriku bangun,alhamdullillah aku dah boleh bangun sendiri,berjalan sendiri.. Malam tu aku xdpt nak tidur,jadi aku pun keluar masuk pergi tengok bayiku di NICU,.
Pagi ni doc memeriksa ku,antibiotik selama 3 hari ku dah lengkap,aku sudah di benarkan pulang tengahari itu,tiba2 aku sedih,aku xnak tinggalkan anakku di sini.. Aku pergi jenguk dia..aku menangis lg,aku xnak berpisah dengannya.. Aku pun pulang ke rumah. Malam tu aku teringat anak aku,aku menangis,suami ku risau tngk aku,dia pun turut sedih juga,dia kuatkan semangatku...tq hubby..

Anugerah terindah yg Allah beri

Alhamdullillah,syukur..

 Sejak kandungan masuk trimester yg ke-2 aku mula mengalami darah tinggi,di klinik kesihatan aku perlu datang selang sehari untuk ambik bp(tekanan darah),nasib baik klinik x brapa jauh dgn rumah ibuku..yang merisaukan apa bila amil bp di kk je,bp aku naik,nurse ambil 2,3 kali still naik,kesudahannya nurse pun call ambulans,pergi hospital ampang,admit sana dalam seminggu,tapi bila admit wad,ok pula darah nie..sampai la 4 kali masuk keluar hosp..
 Masa kali ke-2 aku di maukkan hosp,aku di transfer dr hoap amp ke hkl,aku admit hkl,sbb doc nak ambil air ketuban,utk memastikan yg bayi ku tiada masalah @ syndrome down dsbnya..doc menggunakan jarum yg panjang dan cucuk di perutku utk mengambil sampel air ketuban,hmm..tidak la sakit sgt..kemudia aku diberikan injection DEXSA,2 kali dlm masa 12jam..yg ni sumpah mmg sakit,..hana Allah yg tahu..

Keputusan sample air ketuban aku sudah dpt,alhamdullillah,tiada sebarang penyakit dan syndrome..dan happy sgt aku akan dpt anak perempuan..

Kali ke-4 aku di masukkan ke hosp ampang,aku mula terasa sakit kepala sgt..darah tinggi x trun2..masa ambil bp di hosp,semua risaukan aku,sampai semua doc,specialist,ketua pakar turun tengok aku.. Mereka bincang akan buat emergency czer kat aku,takutnya masa tu..malam 1/4/12 aku di suruh berpuasa,sampai ke esokkannya,aku berpuasa lg,sampai ke tngahari nurse bg tau x jadi operation..2/4/12 aku trun ke klinik pakar utk membuat scan,doc pakar mula scan perut ku,mereka pelik pd kandungan 31week berat anakku kecik sgt dalam 710gram.. Jadi doc memutuskan esok pagi aku org pertama masuk ot.. Doc dapati kandungan ku x membesar,dan darah dlm paru2 anak ku tak stabil. Ya Allah..aku terima dgn redha,aku pun dah penat nak ulang alik ke klinik selang sehari,kena kuar masuk hosp lg. Pada mlm itu aku berpuasa lg,pukul 6 aku sudah bangun,mandi,pakai baju utk masuk ke bilik ot nanti.. Pukul 6:30 suami ku dtg,kemas barang2 ku utk di bawa ke wad ibu dan anak.. Pukul 7:00am 3/4/12 nurse mula menolak ku ke bilik ot.. Perasaan masa tu sudah mula takut, dalam bilik ot,suamiku mencium buat kali terakhir,dr luar aku hanya nampak mak dan ayah ku..xsempat aku nak minta maaf..
Keadaan di dalam bilik ot tersangat la sejuk,menggigil aku rasa.doc pakar bius mula membius belakangku,semasa perut ku di belah,aku x rasa apa2..aku rasa mcm geli2 je.. Xlama lepas tu aku terdengar suara bayi sayup2 saja, nurse membawa bagiku kpd ku dan aku menciumnya buat pertama kali,sgt kecil bayi ku,bayi ku terus di tolak ke wad NICU utk di masukkan ke dalam incubator.. Alhamdullillah seorang bayi perempuan dilahirkan melalui emergency caeseran pada jam 8:55am 3/4/12..